skip to main |
skip to sidebar
Masya Allah..
lamanya aku tak jejek ke blog ni...
huhu
jauh diriku telah lari dari landasan yang aku mula bina...
disebabkan aku tak cukup kuat
aku goyah
aku jatuh
aku jauh dariNya
Astagfiruuhllah...
Apa yang telah terjadi ni...
aku seakan kehilangan diri aku yang mulanya dalam keadaan dekat dengannya...
Kini,
aku sedar
aku tahu salah aku
aku diuji sebegini
aku tahu aku tak layak kerana aku lupa akan Dia
tapi Dia amat menyanyangi aku
Dia buatkan aku kembali tersedar akan semua salah aku
walaupun aku sedih
aku tak dapat terima
namun aku terpaksa
tak mungkin apa yang Dia lakukan terhadap aku ni buruk untuk aku
sedangkan Dia adalah Yang Maha Mengetahui
Ya Rabb
Maafkan aku
Ampunkan dosa-dosa aku
tetapkan lah hati aku supaya aku tidak goyang dengan segala ujian darimu
kuatkan lah iman aku supaya aku tidak terpesong darimu
bantulah aku untuk menjadi hambamu yang engkau redhai.
Ya Allah
aku bersyukur kerana engkau masih lagi memberikan aku peluang untuk mendekatimu
peluang untuk aku berubah
Ya Allah
Makbulkanlah semua doaku
Hanya engkau yang mengetahui apa isi hatiku ini
janganlah engkau palingkan hati ku terhadap perkara yang engkau murkai
Ya Allah
Janganlah engkau pisahkan kami.
Makbulkanlah permintaanku ini.
Amin Ya Rabbal All Lamin..

Mula-mula saja singgah sebab nak solat zohor lepas balik dari mengajar tusyen kat Kepala Batas.
Antara pengisian beliau yang saya rasa amat terkesan adalah dengan tamsilannya tentang rumah terbakar.
Katakanlah anda sedang berehat di dalam rumah tiba-tiba anda mendengar orang menjerit rumah jiran anda terbakar. Tentu sahaja anda akan memberi reaksi yang cepat dan positif dengan menolong memadamkan kebakaran atau menolong menyelamatkan jiran anda yang sedang terperangkap di dalam rumah.
Semestinya itulah tindakan kita sebagai jiran dan manusia yang normal.
Jesteru, mengapa sekarang kita melihat orang di sekeliling kita yang sedang terperangkap dengan dosa, dengan maksiat, dengan kemungkaran tanpa kita merasa mahu menolong?
Mengapa tidak langsung terdetik di hati kita perasaan simpati, perasan kasihan mahu menyelamatkan mereka?
Takkan langsung tak ada sikit pun perasaan tu?
Bagi saya sendiri , kita mungkin tersedar tetapi tidak mampu menolong atau kita langsung tidak sedar kerana kita pun terperangkap sama seperti orang di sekeliling kita.
Saya memperingatkan diri saya sendiri dan juga orang-orang lain, marilah kita bersama-sama berubah ke arah kebaikan. Kalau tidak banyak, sikit-sikit pun jadilah. Ajaklah orang sekeliling kita juga berubah.
Ambillah barakah bulan suci ini, rebutlah rahmat dan rahim Allah dalam bulan penuh pengampunan ini.
Saya yang menyeru ni juga penuh dengan dosa, tapi menunggu sempurna sampai bila-bila saya tak mampu.
Jaga diri, jaga iman, jaga keluarga, jaga semuanya.

Tenangkanlah hati dan sabar kala diuji
Hanyalah mereka yang redha rasai manisnya
Sepahit mana pun derita sengsara yang melanda
Itulah buktinya mendapat tarbiah Allah
Rasulullah kekasih Allah Yang Maha Esa
Namun rasul jua diuji darjat keimanannya
Dilempar batu diancam bunuh
dihina keluarganya
Rasul mulia tetap redha dengan ujiannya
Umar Al Khattab menadah tangannya
mengucap syukur
Setiap kali mendapat musibah Allah
Jangan kita merasa sedih bila ditimpa malang
Kerana rahmat kasih Allah
Bersama hambaNya yang tabah
Setiap ujianNya yang datang carilah hikmahnya
Semoga kita merasai kebesaran Allah
Nikmat diberi yang percuma kepada kita
Semoga kita syukuri,
semoga kita tak ingkar
Semoga... Allah redhai...

Ya Allah...Apa yang aku lakukan sekarang ini...Aku makin jauh dariNya...Apa sebenarnya tindakan aku ini...Kenapa aku melakukan sedemikian...MasyaAllah...Terasa kosong jiwa aku..Dosanya aku...Ya Allah...Janganlah biarkan aku jauh dariMu lagi...Aku perlukan bimbingan yang kuat...Aku perlukan sokongan...Aku perlu muhasabah diri aku semula...Bantulah aku di jalanMu Ya Allah..Aku ingin redhaMu...
Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah...
Leteran adalah salah satu daripada berjuta anugerah Allah kepada wanita.
Kerana memang mereka dicipta sebagai mahkluk pendidik. Merekalah yang mendidik anak, adik, abang, kakak dan ibu bapa kerana mereka sensitif. Peka terhadap persekitaran.