Pages

Monday, December 24, 2012

pelangi...

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu diangkasa
warnai bintang di jiwa
menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita didunia selamanya
cinta kepada yang hidup
memberikan senyuman yang adabi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita
laskar pelangi takkkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnainya
jutaan mimpi dibumi
laskar pelangi takkan terikat waktu
"kerjarlah pelangimu hingga kehujung dunia"
&
"jangan pernah mengalah"

Sunday, December 23, 2012

Aku kembali...


Masya Allah..
lamanya aku tak jejek ke blog ni...
huhu
jauh diriku telah lari dari landasan yang aku mula bina...
disebabkan aku tak cukup kuat
aku goyah
aku jatuh
aku jauh dariNya

Astagfiruuhllah...
Apa yang telah terjadi ni...
aku seakan kehilangan diri aku yang mulanya dalam keadaan dekat dengannya...

Kini,
 aku sedar
aku tahu salah aku

aku diuji sebegini
aku tahu aku tak layak kerana aku lupa akan Dia

tapi Dia amat menyanyangi aku
Dia buatkan aku kembali tersedar akan semua salah aku
walaupun aku sedih
aku tak dapat terima
namun aku terpaksa
tak mungkin apa yang Dia lakukan terhadap aku ni buruk untuk aku
sedangkan Dia adalah Yang Maha Mengetahui


Ya Rabb
Maafkan aku
Ampunkan dosa-dosa aku

tetapkan lah hati aku supaya aku tidak goyang dengan segala ujian darimu
kuatkan lah iman aku supaya aku tidak terpesong darimu
bantulah aku untuk menjadi hambamu yang engkau redhai.

Ya Allah
aku bersyukur kerana engkau masih lagi memberikan aku peluang untuk mendekatimu
peluang untuk aku berubah

Ya Allah
Makbulkanlah semua doaku
Hanya engkau yang mengetahui apa isi hatiku ini
janganlah engkau palingkan hati ku terhadap perkara yang engkau murkai

Ya Allah
Janganlah engkau pisahkan kami.
Makbulkanlah permintaanku ini.

Amin Ya Rabbal All Lamin..

Sunday, August 5, 2012

Kuliah Zohor Oleh Al Ustaz Kiyai Dr Marfin- Surau Zahariah Taman Air Tawar Indah


Mula-mula saja singgah sebab nak solat zohor lepas balik dari mengajar tusyen kat Kepala Batas.

Antara pengisian beliau yang saya rasa amat terkesan adalah dengan tamsilannya tentang rumah terbakar.

Katakanlah anda sedang berehat di dalam rumah tiba-tiba anda mendengar orang menjerit rumah jiran anda terbakar. Tentu sahaja anda akan memberi reaksi yang cepat dan positif dengan menolong memadamkan kebakaran atau menolong menyelamatkan jiran anda yang sedang terperangkap di dalam rumah.

 Semestinya itulah tindakan kita sebagai jiran dan manusia yang normal.

Jesteru, mengapa sekarang kita melihat orang di sekeliling kita yang sedang terperangkap dengan dosa, dengan maksiat, dengan kemungkaran tanpa kita merasa mahu menolong?

Mengapa tidak langsung terdetik di hati kita perasaan simpati, perasan kasihan mahu menyelamatkan mereka? 

Takkan langsung tak ada sikit pun perasaan tu?

Bagi saya sendiri , kita mungkin tersedar tetapi tidak mampu menolong atau kita langsung tidak sedar kerana kita pun terperangkap sama seperti orang di sekeliling kita. 

Saya memperingatkan diri saya sendiri dan juga orang-orang lain, marilah kita bersama-sama berubah ke arah kebaikan. Kalau tidak banyak, sikit-sikit pun jadilah. Ajaklah orang sekeliling kita juga berubah. 

Ambillah barakah bulan suci ini, rebutlah rahmat dan rahim Allah dalam bulan penuh pengampunan ini. 

Saya yang menyeru ni juga penuh dengan dosa, tapi menunggu sempurna sampai bila-bila saya tak mampu.

Jaga diri, jaga iman, jaga keluarga, jaga semuanya.

Friday, May 25, 2012

Moga Aku dalam Ketenangan.....



Tenangkanlah hati dan sabar kala diuji
Hanyalah mereka yang redha rasai manisnya
Sepahit mana pun derita sengsara yang melanda
Itulah buktinya mendapat tarbiah Allah

Rasulullah kekasih Allah Yang Maha Esa
Namun rasul jua diuji darjat keimanannya
Dilempar batu diancam bunuh
dihina keluarganya
Rasul mulia tetap redha dengan ujiannya

Umar Al Khattab menadah tangannya
mengucap syukur
Setiap kali mendapat musibah Allah

Jangan kita merasa sedih bila ditimpa malang
Kerana rahmat kasih Allah
Bersama hambaNya yang tabah
Setiap ujianNya yang datang carilah hikmahnya
Semoga kita merasai kebesaran Allah

Nikmat diberi yang percuma kepada kita
Semoga kita syukuri,
semoga kita tak ingkar
Semoga... Allah redhai...

Thursday, May 24, 2012

Jauhnya aku dariNya...



Ya Allah...
Apa yang aku lakukan sekarang ini...
Aku makin jauh dariNya...
Apa sebenarnya tindakan aku ini...
Kenapa aku melakukan sedemikian...
MasyaAllah...
Terasa kosong jiwa aku..
Dosanya aku...
Ya Allah...
Janganlah biarkan aku jauh dariMu lagi...
Aku perlukan bimbingan yang kuat...
Aku perlukan sokongan...
Aku perlu muhasabah diri aku semula...
Bantulah aku di jalanMu Ya Allah..
Aku ingin redhaMu...

Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah...

Monday, May 21, 2012

Kuliah Tambahan *berleter



Leteran adalah salah satu daripada berjuta anugerah Allah kepada wanita. 

Kerana memang mereka dicipta sebagai mahkluk pendidik. Merekalah yang mendidik anak, adik, abang, kakak dan ibu bapa kerana mereka sensitif. Peka terhadap persekitaran.


Friday, May 11, 2012

Soal Cinta Hati dan Perasaan........




Ustaz Azhar Idrus kata~
"Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia"

Ustaz Mohd Kazim Elias kata~
"Cinta adalah perasaan yang telah dikurniakan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang jatuh cinta, tapi kita cuma boleh bimbing cinta itu ke arah kebaikan"

IMAM MUDA Asyraf kata~
"Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t"

Ustaz Zamri kata~
"Anda telah bersedia untuk bercouple jika niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara"

Credit to Faezuddin~ ('',)
 





Monday, May 7, 2012

5 tips ................................









Ampunkanlah dosa-dosaku...............



Lamanya tak update blog ini....huhuhu...
Ermmm....
Sebenarnya...
Saya rasa sedihlah.....
Kenapa???
Entahlah...
Mungkin Allah hendak menguji diri ini...
Kuat atau tidak untuk lalui segala ujiannya..
Tapi Allah takkan sesekali menguji hambanya sekiranya hambanya tak mampu untuk meghadapinya...
Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya
kerana
Allah Maha Mengetahui.....


Andai ini ujian dari-Mu disebabkan kesalahan dan dosa yang telah aku lakukan
Ampunkanlah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan
dan bantulah aku untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang....

Wednesday, April 18, 2012

Dekat-dekatkan lah....






mmmm..
menarikkan video ini...

Dekat-dekatkan lah diri kita dengan Al-Quran...
dan fahamilah kandungannya..
Ikutilah perintah yang disuruh dan tinggalkanlah larangan...
Jadikanlah ia sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita...

Mudah-mudah berubah kepada yang lebih baik...

Insyaalllah...

(^_^)



Tuesday, April 17, 2012

Sekadar Renungan


 

"Cinta yang berlandaskan nasfu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan"
-Al Farabi-

Katakanlah (Wahai Muhammad) : 
" Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;
Sesengguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
-Surah Az Zumar ayat 53-

Sunday, April 15, 2012

Cinta Sejati



Dua batang kayu disatukan dengan paku.
Dua ketul batu disatukan dengan simen.
Dua hati disatukan dengan apa???
Jika dua hati disatukan dengan Yang Satu, ALLAH
pasti mudah kedua-duanya bersatu...

(^_^)

Mencintai Allah adalah modal membina bahagia.
Sesiapa yang lebih mencintai Allah,
dialah yang lebih mencintai pasangannya.
Oleh itu, carilah cinta Allah, 
nescaya kita ketemu cinta sejati yang berkekalan dalam kehidupan...

Thursday, April 5, 2012

Kepada Dia...







Aku Ingin Mencari CINTA SEJATI
Yang Boleh Membawaku Ke Jalan ILLAHI
Aku Ingin Menjadi MAKMUM
Kepada Seorang IMAM
Aku Ingin SAYAP KIRI 
Kepada Seorang KHALIFAH
Aku Ingin Menjadi PENDENGAR
Kepada Seorang DAIE
Aku Ingin Menjadi Seorang MUJAHIDAH
Kepada Seorang MUJAHID
Aku Ingin Memberikan CINTAKU
Kepada Seorang Insan Yang Mencintai ALLAH Lebih Dari SEGALANYA
DAKWAH Pilihannya
JIHAD Tunggak Utamanya
Dan
Dengan Itu Aku Ingin Mencari CINTA Dia
Melalui
PERNIKAHAN...

7 Petala Cinta...



Sekarangkan ada keluar filem 7 Petala Cinta kan...

Di Antara 7 Petala Langit dan 7 Petala Bumi....
Ada 7 Petala Cinta...

(^_^)

Sebenarnya bukan nak cita pasal ini...
Tapi nak kongsi cerpen Hilal Asyarf...

Tajuk cerpen tu 7 Petala Cinta
nak tahu jalan cita cerpen tu
ziarahlah
 http://langitilahi.com

Speechless...








There are nothing to say...

(^_^)

Cantiknya....





Cantikkan bunga ini???

Gambar ini saya ambik dari fb Ustaz Azar Idrus...
Suka sangat tengok gambar-gambar yang ustaz Azhar ambik..
Cantik la...
Mmmm...
Terfikir bila la saya pulak yang boleh ambik gambar cantik macam ni???
Huhuhuhu....

Kalau nak tengok lagi gambar yang ustaz ini ambik boleh la tengok dekat sini



Kempen Terima Kasih...



Kempen Terima Kasih...
First time dengar..hehehe


Sebenarnya saya sekarang ini ada di USM Pulau Pinang...
Tiba-tiba datang mahasiswa kelab 1 Malaysia rasanya
dan mereka memberikan saya coklat dan button...
Tanda Terima Kasih...

hehehe...
(^_^)

Jadi saya pun nak ucap Terima Kasih jugak sebab bagi saya...
Terima Kasih ya!!!


Sahabat Selamanya...Insyaallah...












Bila saya tengok video ini...
Ya Allah..
Rindunya kat dia...
huhuhu
Lamanya tak jumpa dia...
Siapa dia???
Sahabat saya la..hehehe
Saya rindu sangat-sangat kat dia...
Sekarang ini kami jarang berjumpa...
Masing-masing sibuk dengan pelajaran tersendiri...
Dia di ibu kota..manakala saya jauh di utara...
Harapnya masa saya cuti sem ini dapat lah untuk berjumpa dengannya...
Tapi dia pulak tak cuti...
Tak dak rezeki nak luang masa bersama dengan dia...
Mudah-mudahan suatu hari nanti dapat jugak luang masa bersamanya...
Saya doakan dia berjaya dalam mencapai impiannya...

Terima Kasih Sahabat...






Aku Ingin Berubah...




Alhamdulillah...
Video ini banyak menyedarkan diri ini sebenarnya...
Kalau diikutkan memang kena ja dengan diri ini...
Sekarang kan fesyen remaja pakai selendang termasuk diri ini jugak..huhuhu
Ramai yang anggap pakai selendang ini cantik..nampak comel..cute..hehe
Pernah jugak rasa macam tu sebenarnya... 
Tapi kan...
Bila fikir-fikir balik...
Kalau pakai hanya sekadar untuk nampak cantik tapi sebenarnya berdosa...
Terukkan...
Dan akhirnya...
Diri ini tekad untuk berubah....
Insyaallah...
Nak pakai selendang tak salah...
Asalkan memenuhi syariat yang ditetapkan agar terpelihara aurat seorang wanita muslimah...

Saya ada seorang sahabat di kampus..
Saya suka tengok dia..
Dia cantik...dia baik...
Kenapa???
Kerana dia menjaga syariat sebagai seorang muslimah...
Doakan saya berjaya menjadi yang lebih baik dari sekarang...

#salam muhasabah diri#




Wednesday, April 4, 2012

Solat...



"Hafalan Shalat Delisa"
dah tengok??
masa mula-mula tengok boleh tahan..
dan cita ini lah yang berjaya membuatkan air mataku menitis...
sungguh terkesan cita ini kepadaku..
Terima Kasih kepada yang download cita ini...hehehe

Baru-baru ini ada seorang sahabat saya tunjukkan video ini...
Mudah-mudahan kita dapat sesuatu darinya....





Cantiknya Mawar...Indahnya Wanita...



Rasanya mesti ramai yang penah tengok video ini kan...
Tapi tak salahkan kalau saya berkongsi mungkin ada jugak yang belum tengok lagi...
Sebenarnya saya suka tengok video2 che beah ini...menarik kan..dalam masa yang masa jugak dapat memberi sedikit sebanyak pengajaran terhadap diriku ini.







MAWAR...WANITA...
cantiknya seseorang itu bukan pada wajahnya...
cantiknya seseorang itu bukan pada pakaiannya...
cantiknya seseorang itu juga bukan pada hartanya...
TETAPI
kecantikan wanita itu adalah dari perilakunya...
ketaatannya terhadap perintah Allah sebagai seorang hamba...
ketaatannya kepada kedua-dua orang tuanya...
dan juga ketaatannya kepada perintah suaminya...

#semoga diri ini dapat berubag menjadi yang lebih baik#
Insyaallah...



..


Renung-renungkan lah...






Tuesday, April 3, 2012

untuk bakal suamiku....



Untuk bakal suamiku...

aku mengharapkan dirimu bermohonlah kepada Dia yang berhak,
milikilah jiwaku keranaNya
&
milikilah hatiku dengan izinNya
serta 
milikilah cintaku, diriku
kerana agamaNya...

mudah-mudahan jodoh kita bersama...

Sunday, February 26, 2012

jumpa lagi..insyaallah...



sebenarnya aku pun tak tak dan macam mana aku boleh terlepas masuk log in blog ini..hahaha
tak pa lah..kejap ja..tak lama...
sebenarnya aku boring tahap maximum ni...
minggu ni tak balik rumah..minggu lepas pun sama..minggu lepas pun..huhuhu
agak rindu lah..hahah
bukan agak tapi memang pun...
rumah dengan uitm punya lah dekat tu pun nak rindu lagi...
aiiiyaaa...
dah tu tiap-tiap hari mama call pagi petang..
ok..no comment..
manja..hahaha
well nak buat macam mana..
hahaha...

aku pun nak dekat final dah ni...12 march ni paper first aku..
aku akan berusaha untuk yang paling terbaik..
first paper ni memang memcabar..
liquid dosage form..
apa apa pun aku tak kan lupakan janji aku...
doakan aku sama ok...
doakan aku memcapai cita-cita aku...
aminn...

jumpa lagi bulan april ni...
lepas aku habis final...

salam perubahan diri kepada yang lebih baik..insyaallah...

pesanan ringkas



setelah sekian lama aku tak update...huhuhu..tiba2 datang rindu nak update blog..hehehe...mmm...aku nak share kata-kata ustaz azhar idrus ja lah...mungkin ramai dah biasa dengar tapi nak share jugak lah..hehe
semoga dapat memberi manfaat walaupun sedikit terutamanya untuk kaum adam...

KATA-KATA Ustaz Azhar Idrus:

♥ Jangan pikat wanita kalau tak bersedia cintakan dia..
♥ Jangan buat wanita itu jatuh cinta kalau tak cintakan dia..
♥ Jangan memberi wanita harapan kalau tidak pasti..
♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau tiada hati untuk dia..
♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau tiada perasaan kepadanya..
♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..

# Hati wanita diibaratkan seperti KACA,
Sekiranya pecah..
Parutnya akan ada sampai bila2.
Kaum Adam, sayangilah wanita itu seperti kau menyayangi ibumu sendiri..



salam muhasabah diri.....(^_^)