Pages

Tuesday, January 8, 2013

Cinta itu akhirnya sedarkan aku...

hati kita ni lembutkan..
bila sakit atau sedih mesti kita rasa dekat hati...
tambah-tambah hati perempuan lagi lembut dan rapuh.
perempuan ni cepat sangat jatuh hati, cepat sayang
tapi bila dia sayang maka dia betul-betul sayang.
tapi rugi kan kalau sayang tu diberi kepada yang bukan selayaknya.
sebab yang ruginya selalunya perempuan la sebab bila dah putus yang selalunya teruk perempuan la.
menangis la, rasa kosong la, fikir dah tak da orang sayang la..macam-macam kan.
yang lelakinya relax ja..tak da apa-apa pun jadi dia sebab nya dia mainkan perempuan.
tapi tak semuanya lelaki macam tu.
aku pun pernah rasa sakit itu, masa bercinta semuanya indah ja.
asyik jumpa, selalu mesej call.
tapi bila dah putus semua jadi tak tentu arah.
sebabnya?
kita tak jaga diri.
tak jaga cinta.
cinta itu kan sepatutnya untuk yang halal saja.
tapi kita dah salah guna dan tasfir cinta tu.
jadi ALLAH tarik balik semua tu.
ALLAH bagi rasa sakit hati tu, rasa sedih itu semua sebab masa kita happy semua mana kita ingat ALLAH.
kita lupa ALLAH
sedangkan kita kena ingat kita sayang seseorang tu ALLAH yang bagi perasaan tu jadi kita kena corak betul-betul rasa sayang tu supaya tak di jalan yang salah.
jadi kita tak boleh salahkan ALLAH atau tanya kenapa kita diuji sebegini?
sedangkan kita hanya hamba jadi sememangnya kita layak diujiNya.
cerita aku,
aku bercinta dengan dia.
lama dah 7 tahun.
kenal dari sekolah.
dia ni jenis yang kadang-kadang ok kadang-kadang gila-gila
akhir-akhir ni dekat dalam tempoh setahun ni hubungan kami makin serious
dah mula plan nak kahwin la semua.
tapi lama-lama semuanya macam pelik ja.
kadang-kadang macam dia ni tak peduli aku pun asyik dengan kerja dia ja.
tambah pulak dia ni ada ja ramai yang suka
 jadi aku ni  dah mula la fikir yang bukan-bukan, dia tak sayang aku la, dia da orang lain dah la..macam-macam la dalam kepala aku ni.
akhirnya aku mula nak tanya pasal hubungan kami.
dia kata kita ni dah jauh terpesong.
maksud dia hubungan kami ni salah.
haram dalam islam
bercinta sebelum kahwin ni.
aku tak terkejut dia kata macam tu sebabnya dia ni memang sebenarnya jenis yang macam ustaz cumanya dia tak dak keyakinan diri dan ak isthiqomah dalam setiap perbuatan dia.
sebab dia cepat berubah-rubah perangai dia 
nanti dia balik jugak denngan cara lama dia.
tapi kali ni hati aku terdetik
aku nak kawin tapi takkan la aku nak biar bakal suami aku tanggung semua dosa aku.
aku sendiri tahu yang salah bercinta sebelum kahwin tpi bila fikir yang antara  kami dah memang nak rancang kahwin jadi aku teruskan hubungan  kami.
tapi sekarang aku tekad
aku nak berubah
aku nak jadi baik
aku tak nak ayah, abang dan adik lelaki tanggung dosa aku.
tambah pulak nanti suami aku akan tanggung dosa aku
adakah dia dapat tanggug semua dosa-dosa dia tamabah lagi nak tanggung dosa orang lain.
kita ni bercinta berkahwin mesti nak bersama-sama sampai syurga tu baru nama cinta sejati selamanya.
tapi kalau bercinta hanya untuk seronok rasanya baik tak payah bercinta sebab nikmat bercinta lepas kahwin tu kan lagi indah, kita bebaskan masa tu.
lagi seronok sebab kita da seorang lelaki yang sah milik kita yang sanggup pikul tanggungjawab yang besar untuk bersama kita.

Jadi bersabahlah wahai hati untuk bersama cinta yang ditakdirkan buatmu dan yang memang terbaik untukmu.
Cinta Hingga Syurga.

Insyaallah

 "Apa-apa yang membawa ke NERAKA bukanlah cinta kerana kalau cinta semestinya ingin bersama-sama ke SYURGA"

Cinta...Hati

Bila org yang mencintaimu,memutuskan utk pergi meninggalkan mu dan engkau tahu kepergiannya untuk org lain..

BERSYUKURLAH..kerana akan datang org lain yang cintanya lebih besar dari si dia yang dulu mencintaimu tapi memutuskan untuk pergi darimu..

IKHLASKANLAH HATI..kerana meskipun di hadapan mu dia sudah baik,tapi belum tentu dia yang trbaik untukmu..

BERSABARLAH..kerana yang sempurna dari yang tersempurna akan hadir untuk mu iaitu org yang memang ditakdirkan untuk mu...

Hentikan tangisanmu kerana tahukah dia yang engkau menangisinya? Dia sedang berada di pelukan org yang dia pilih untuk menjadi pendampingnya dan sesungguhnya air matamu jatuh hanyalah sia2 bukan?..

Semangatlah menantikan dia yang memang terbaik bukan hanya dihadapanmu,kawan dan keluargamu..
Tapi juga baik dihadapan Allah Azza Wa Jalla yang akan memberimu semangat,,kekuatan dan ketenangan hingga kamu bertemu dengan cinta yang hanya kematian memisahkan dirimu dengannya tetapi bertemu hingga ke syurga...
Bersabarlah..Allah sentiasa merancang sesuatu yang trbaik untuk hambaNya..