Pages

Sunday, August 5, 2012

Kuliah Zohor Oleh Al Ustaz Kiyai Dr Marfin- Surau Zahariah Taman Air Tawar Indah


Mula-mula saja singgah sebab nak solat zohor lepas balik dari mengajar tusyen kat Kepala Batas.

Antara pengisian beliau yang saya rasa amat terkesan adalah dengan tamsilannya tentang rumah terbakar.

Katakanlah anda sedang berehat di dalam rumah tiba-tiba anda mendengar orang menjerit rumah jiran anda terbakar. Tentu sahaja anda akan memberi reaksi yang cepat dan positif dengan menolong memadamkan kebakaran atau menolong menyelamatkan jiran anda yang sedang terperangkap di dalam rumah.

 Semestinya itulah tindakan kita sebagai jiran dan manusia yang normal.

Jesteru, mengapa sekarang kita melihat orang di sekeliling kita yang sedang terperangkap dengan dosa, dengan maksiat, dengan kemungkaran tanpa kita merasa mahu menolong?

Mengapa tidak langsung terdetik di hati kita perasaan simpati, perasan kasihan mahu menyelamatkan mereka? 

Takkan langsung tak ada sikit pun perasaan tu?

Bagi saya sendiri , kita mungkin tersedar tetapi tidak mampu menolong atau kita langsung tidak sedar kerana kita pun terperangkap sama seperti orang di sekeliling kita. 

Saya memperingatkan diri saya sendiri dan juga orang-orang lain, marilah kita bersama-sama berubah ke arah kebaikan. Kalau tidak banyak, sikit-sikit pun jadilah. Ajaklah orang sekeliling kita juga berubah. 

Ambillah barakah bulan suci ini, rebutlah rahmat dan rahim Allah dalam bulan penuh pengampunan ini. 

Saya yang menyeru ni juga penuh dengan dosa, tapi menunggu sempurna sampai bila-bila saya tak mampu.

Jaga diri, jaga iman, jaga keluarga, jaga semuanya.

No comments: