Pages

Sunday, August 5, 2012

Kuliah Zohor Oleh Al Ustaz Kiyai Dr Marfin- Surau Zahariah Taman Air Tawar Indah


Mula-mula saja singgah sebab nak solat zohor lepas balik dari mengajar tusyen kat Kepala Batas.

Antara pengisian beliau yang saya rasa amat terkesan adalah dengan tamsilannya tentang rumah terbakar.

Katakanlah anda sedang berehat di dalam rumah tiba-tiba anda mendengar orang menjerit rumah jiran anda terbakar. Tentu sahaja anda akan memberi reaksi yang cepat dan positif dengan menolong memadamkan kebakaran atau menolong menyelamatkan jiran anda yang sedang terperangkap di dalam rumah.

 Semestinya itulah tindakan kita sebagai jiran dan manusia yang normal.

Jesteru, mengapa sekarang kita melihat orang di sekeliling kita yang sedang terperangkap dengan dosa, dengan maksiat, dengan kemungkaran tanpa kita merasa mahu menolong?

Mengapa tidak langsung terdetik di hati kita perasaan simpati, perasan kasihan mahu menyelamatkan mereka? 

Takkan langsung tak ada sikit pun perasaan tu?

Bagi saya sendiri , kita mungkin tersedar tetapi tidak mampu menolong atau kita langsung tidak sedar kerana kita pun terperangkap sama seperti orang di sekeliling kita. 

Saya memperingatkan diri saya sendiri dan juga orang-orang lain, marilah kita bersama-sama berubah ke arah kebaikan. Kalau tidak banyak, sikit-sikit pun jadilah. Ajaklah orang sekeliling kita juga berubah. 

Ambillah barakah bulan suci ini, rebutlah rahmat dan rahim Allah dalam bulan penuh pengampunan ini. 

Saya yang menyeru ni juga penuh dengan dosa, tapi menunggu sempurna sampai bila-bila saya tak mampu.

Jaga diri, jaga iman, jaga keluarga, jaga semuanya.

Friday, May 25, 2012

Moga Aku dalam Ketenangan.....



Tenangkanlah hati dan sabar kala diuji
Hanyalah mereka yang redha rasai manisnya
Sepahit mana pun derita sengsara yang melanda
Itulah buktinya mendapat tarbiah Allah

Rasulullah kekasih Allah Yang Maha Esa
Namun rasul jua diuji darjat keimanannya
Dilempar batu diancam bunuh
dihina keluarganya
Rasul mulia tetap redha dengan ujiannya

Umar Al Khattab menadah tangannya
mengucap syukur
Setiap kali mendapat musibah Allah

Jangan kita merasa sedih bila ditimpa malang
Kerana rahmat kasih Allah
Bersama hambaNya yang tabah
Setiap ujianNya yang datang carilah hikmahnya
Semoga kita merasai kebesaran Allah

Nikmat diberi yang percuma kepada kita
Semoga kita syukuri,
semoga kita tak ingkar
Semoga... Allah redhai...

Thursday, May 24, 2012

Jauhnya aku dariNya...



Ya Allah...
Apa yang aku lakukan sekarang ini...
Aku makin jauh dariNya...
Apa sebenarnya tindakan aku ini...
Kenapa aku melakukan sedemikian...
MasyaAllah...
Terasa kosong jiwa aku..
Dosanya aku...
Ya Allah...
Janganlah biarkan aku jauh dariMu lagi...
Aku perlukan bimbingan yang kuat...
Aku perlukan sokongan...
Aku perlu muhasabah diri aku semula...
Bantulah aku di jalanMu Ya Allah..
Aku ingin redhaMu...

Ampunkanlah segala dosa-dosaku Ya Allah...

Monday, May 21, 2012

Kuliah Tambahan *berleter



Leteran adalah salah satu daripada berjuta anugerah Allah kepada wanita. 

Kerana memang mereka dicipta sebagai mahkluk pendidik. Merekalah yang mendidik anak, adik, abang, kakak dan ibu bapa kerana mereka sensitif. Peka terhadap persekitaran.


Friday, May 11, 2012

Soal Cinta Hati dan Perasaan........




Ustaz Azhar Idrus kata~
"Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia"

Ustaz Mohd Kazim Elias kata~
"Cinta adalah perasaan yang telah dikurniakan Allah kepada setiap manusia. Kita tidak boleh halang seseorang jatuh cinta, tapi kita cuma boleh bimbing cinta itu ke arah kebaikan"

IMAM MUDA Asyraf kata~
"Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t"

Ustaz Zamri kata~
"Anda telah bersedia untuk bercouple jika niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara"

Credit to Faezuddin~ ('',)